Friday, 3 October 2014

Apa itu Meal Shakes?

Meal Shakes

SARAPAN SEGERA PENUH KHASIAT

Assalamualaikum dan selamat malam.

Oktober merupakan bulan yang penuh bermakna. Promosi Meal Shakes Beli 3 Percuma 1 masih diteruskan sehingga 30 Oktober 2014. Saya ingin berkongsi mengenai info Meal Shakes yang tentunya sangat berguna.

Meal Shakes Shaklee kaya dengan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Meal Shakes menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi - buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin(sejenis susu) dan lain-lain.  Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa. Kebiasaannya, ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immnoglobin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.


SIAPA YANG BOLEH AMBIL MEAL SHAKES ?

Saya pasti ramai yang salah faham yang Meal Shakes ni hanya untuk kanak-kanak. Oh..tidak sama sekali! Meal shakes boleh diambil oleh kanak-kanak yang berumur 1 tahun ke atas sehingga la warga emas. Meal Shakes sebenarnya sesuai untuk :
  • Kanak-kanak
  • Pelajar
  • Ibu mengandung
  • Mereka yang sering demam dan selsema
  • Mereka yang gemar bersukan
  • Mereka yang sibuk bekerja
  • Mereka yang suka mengambil makanan segera
Meal Shakes amat sesuai untuk kanak-kanak yang sembelit, kurang selera makan, kerap demam dan selsema, kanak-kanak obes, asma, ekzema, kurang fokus dan pelbagai lagi khasiat.




KHASIAT MEAL SHAKES

Sebenarnya terlalu banyak khasiat Meal Shakes yang kita tidak tahu. Ada 6 khasiat yang paling penting untuk tubuh badan kita.

1. Nutrisi lengkap
Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia juga mengandungi lecitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.
"Sesuai untuk mereka yang liat dan susah telan pil dan untuk yang sedang menjaga berat badan"

2. Membekalkan nutrisi kepada sel tubuh
Kaya dengan protein(tidak mengandungi laktosa) membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
"Badan akan lebih sihat dan segar, malah protein penting untuk penghasilan susu badan. Sangat sesuai untuk ibu yang menyusukan bayi"

3. Membantu tumbesaran
Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.
"Sesuai untuk tumbesaran kanak-kanak dan juga untuk ibu-ibu yang mengandung"

4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E,zink,selenium yang merupakan anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
"Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan muda dari usia sebenar"

5.Mengembalikan seri wajah
Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik
"Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit cantik dan gebu"

6. Detoksifikasi
Kaya dengan serat larut yang membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.                                                       
"Sesuai untuk kanak-kanak serta orang dewasa yang mengalami sembelit"

INFO TAMBAHAN MENGENAI MEAL SHAKES
  • rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
  • sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas hinggalah warga emas.
  • sesuai untuk seisi keluarga
  • boleh menjadi sarapan segera atau sahur segera
  • rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral serta kalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
  • memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
  • memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
  • engurangkan ekzema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
  • meningkatkan selera makan anak
  • jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
  • pilihan terbaik buat mereka yang tidak suka suplemen berbentuk "tablet"
  • menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
  • amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti 


CARA PENGAMBILAN MEAL SHAKES

Sukatan Meal Shakes yang diambil mestilah betul serta konsisten supaya mendapat kesan yang optimum. Meal Shakes perlu diambil sekali sehari sahaja. Ini sukatan meal shakes yang betul :

  • 2 sudu untuk dewasa
  • 1 sudu untuk kanak-kanak
Saya akan letakkan satu sudu meal shakes ke dalam susu anak-anak. Senang dan mudah! Boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anak-anak seperti jus oren, milo, horlicks dan sebagainya. 



AWAS! Jangan campurkan meal shakes bersama air panas, air yang berkafein atau air berkarbonat/bergas. KENAPA? Sebab merosakkan kandungan zat di dalamnya. Jadi, ikutlah aturan yang dicadangkan. Selamat ber Meal Shakes!



Dapatkan konsultasi percuma mengenai produk Shaklee daripada


PM/SMS/WhatsApp/Line/Telegram : 019-6273949
Emel : suriati_husniza@yahoo.com


Nota: Senarai diatas hanya cadangan-cadangan vitamin atau suplemen yang boleh diambil untuk meningkatkan kualiti nutrisi harian. Produk-produk yang disebut dalam web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Wednesday, 1 October 2014

Energizing Soy Protein-ESP

ESP - Soy Protein Isolate Powder

Membekalkan tenaga berpanjangan dengan kebaikan protein berkualiti tinggi daripada tumbuhan


Assalamualaikum dan selamat malam..
Alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran kepada Mu Ya Allah kerana masih diberi peluang untuk berkongsi ilmu dan idea yang dipinjamkan ini. Gembira tidak terkata apabila Promosi bulan Oktober adalah ESP(Beli 6 Percuma 1) dan Meal Shakes(Beli 3 Percuma 1). Sangat WOW dan mengujakan saya! Kalau nak tau, ESP merupakan produk Shaklee yang terlaris di pasaran Malaysia. Begitu banyak info mengenai ESP yang ingin dikongsi bersama sahabat-sahabat saya. InsyaAllah..
APA ITU ESP?

Energizing Soy Protein diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi. Ia mengandungi hanya kacang soya "non-GM-non Genetically Modified Organism" iaitu tidak diubah suai secara genetik serta diproses pada suhu yang rendah. Shaklee menggunakan proses persijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program(IPP) untuk memastikan kacang soya yang digunakan adalah bebas daripada perubahan genetik. Setiap 1 tong ESP (850g) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh tahan lama. Sebab itulah apabila kita mengambil ESP sebagai sarapan, perut akan terasa kenyang. Berita baik untuk yang sedang berdiet. Jom kita diet berjemaah.Hihi..




ESP juga satu-satunya produk di pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh  tubuh manusia. Ia juga mengandungi 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.  ESP sesuai untuk semua peringkat umur. Manakala, kandungan Indeks Glisemik(G.I) yang rendah iaitu 39 yang menjadikan sangat sesuai kepada pengidap kencing manis. Maksudnya lagi tinggi G.I sesuatu makanan, lagi tidak bermanfaat la makanan tersebut.


Tahukah Anda? Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik yang tertinggi manakala indeks glisemik yang rendah memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebvaskan glukos ke dalam sistem badan. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan. Mama SueHuz teruja bila sebut pasal berat badan ni, melompat terkinja-kinja la nak minum ESP nih. Sabar..sabar..belum habis lagi cerita pasal ESP. Jom kita baca mengenai kepentingan protein pula.


KEPENTINGAN PROTEIN

Satu hidangan Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, 6 kali ganda roti, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh badan manusia.Wow! Memang terbaik lah ESP nih. Produk Soya Non-GMO terhebat di pasaran sekarang!


Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga meransang fungsi psikologi manusia. Setiap organ kita memerlukan protein. Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun badan untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa maut. Dahsyat jugak kalau tak cukup protein. Sebagai pencegahan, eloklah ambil ESP untuk mengelakkan kejadian kekurangan protein.


APA ITU ASID AMINO?

Protein  terdiri daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya menghasilkan protein yang berbeza mengikut keperluan protein dan enzim yang diperlukan oleh tubuh. Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh. Ia dikenali sebagai asid amino tak perlu.. Manakal asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia harus diperolehi daripada sumber makanan yang dikenali sebagai asid amino perlu. Shaklee menyediakan kesemua asid amino yang diperlukan. Ermmm...hebat kan? Cukup lengkap.




MANFAAT ESP

Sudah tentu ramai yang ingin tahu apa kelebihan ESP. Jom kita baca sama-sama.

AWET MUDA   -  Asid Amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet mudah.

BAIK UNTUK HORMON  -  Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavanes, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.

BAIK UNTUK PROSTAT  -  Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan ovari, menopous dan pembesaran prostat.

KULIT REMAJA   -   Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan lukadan mengurangkan kesan parut. 

PEMBEKAL TENAGA   -   Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.

MEMBAIKI PIGMENTASI   -   membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.

MEMBAIKI MEMORI  -  Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan ransangan.


CARA PENGAMBILAN

Sebenarnya, kita perlu mengambil 3 sudu ESP setiap hari. ESP boleh dibancuh dengan air sejuk, air yang bersuhu bilik, air suam juga boleh. AIR PANAS diharamkan sama sekali serta tidak boleh diambil bersama minuman berkafein seperti kopi, nescafe atau teh. Ia juga tidak sesuai diambil bersama minuman bergas. Saya lebih suka camnpurkan 2 sudu ESP bersama 1 sudu meal shakes , 1 susu tamar cocoa dan juga susu segar. Itu gaya bancuhan ESP Mama SueHuz. Sebenarnya banyak lagi resipi ESP yang nak dikongsi. Jangan risau, nanti saya akan post pada entry yang lain. Mata dah ting tong ni. Hihi




Jadi?Ada rasa nak cuba ESP? Jom..kita geng minum ESP, boleh diet berjemaah. InsyaAllah, hasilnya terbaik dengan izin-Nya.Amin.


Dapatkan konsultasi percuma mengenai produk Shaklee daripada


PM/SMS/WhatsApp/Line/Telegram : 019-6273949
Emel : suriati_husniza@yahoo.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...