Friday 26 September 2014

KENAPA KITA PERLUKAN SUPLEMEN

Assalamualaikum dan selamat petang..

"Orang  dulu-dulu kata tak makan vitamin sihat je, takde masalah. Orang asli tak makan vitamin pun, sihat jugak"




Siapa kata makanan yang diambil sudah mencukupi  untuk menampung keperluan tubuh?
Peningkatan taraf hidup dan ekonomi menyebabkan berlakunya lambakan makanan. Jadi, mendapatkan keperluan nutrien sepatutnya tidak menjadi masalah besar. Namun, menjalani kehidupan sehari-hari yang sibuk menyebabkan hal berkaitan penjagaan kesihatan dan kesempurnaan pemakanan terabai.


Mungkin ada di kalangan kita cuba mendapatkan makanan yang berkualiti dan terbaik di celah kesibukan menguruskan kehidupan harian tetapi percayalah anda sebenarnya masih gagal menjaga pemakanan dengan sempurna.

Kebanyakan orang tahu pemakanan yang kaya dengan vitamin dan mineral seimbang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Pun begitu, hal ini sering diabaikan. Oleh sebab itu, anda perlulah berubah sikap! Tabiat pengambilan suplemen vitamin dan mineral boleh membantu mengatasi masalah ini. Tambahan pula suplemen yang diambil setiap hari boleh menyediakan seribu satu kebaikan dalam jangka masa panjang dalam menampung keperluan zat pemakanan yang tentunya kurang dalam pemakanan anda.

Perlu diketahui bahawa seiring dengan peningkatan usia, keperluan nutrien juga turut berubah. Kajian menunjukkan bahawa walau pun individu tersebut mengamalkan pemakanan sihat penuh dengan vitamin dan mineral, keperluan tersebut tidak mampu menampung keperluan tubuh terutama sekali di dalam kesibukan dan keadaan individu itu sendiri. Maka suplemen harian memainkan fungsinya dengan memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh.

Kita lihat ringkasan info mengenai "Kenapa Kita Perlukan Suplemen" :
  • kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang menjejaskan kesihatan badan.
  • badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien. Hakikatnya nutrien hanya boleh didapati dari pemakanan.
  • buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas dan tercemar akibat racun serangga atau bahan kimia lain.
  • mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti kurang bersenam atau bersukan dan merokok.
  • rutin pemakanan kebanyakan manusia sekarang yang tidak hiraukan diet seimbang
  • gangguan penyerapan nutrien dari makanan akibat dari pengambilan kafein, gula dan garam yang berlebihan.
  • Kehilangan nutrien dalam makanan terutamanya di kedai makan, restoran makanan segera, masak terlalu lama dan sebagainya 

Oleh sebab itu, anda harus memilih Shaklee sebagai makanan tambahan anda seharian.


Alamilah kehebatan kesihatan dengan Nutrisi Shaklee



Dapatkan konsultasi percuma mengenai produk Shaklee daripada


PM/SMS/WhatsApp/Line/Telegram : 019-6273949
Emel : suriati_husniza@yahoo.com






Monday 22 September 2014

KENAPA SUPLEMEN TIDAK BERKESAN

"Kenapa saya makan suplemen Shaklee tapi tak berkesan?"


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Nampak tak soalan yang saya BOLD kan kat atas tu? Saya highlight kan lagi beberapa soalan yang sering diajukan.
  • “Aku dulu makan macam-macam jenis vitamin, macam tu jugak.. Tak delah berkesan pun. ” 
  • “Aku ambil Set Kurus, orang lain turun la jugak beratnya, aku? Bertambah-tambah tembam, apa kes? 
  • "Dah sebulan saya ambil Set Kecantikan Kulit, tak de perubahan pun, jerawat makin naik adalah..."
  • "Ada ambil Set Kanak-kanak untuk tambah selera makan, tapi tetap sama, anak tetap taknak makan nasi, macam mana?"

Tahukah anda?

SUPLEMEN BUKAN UBAT ye, lagi la sangat jauh berbeza dari ubatan yang menghilangkan rasa sakit dalam masa yang singkat. Contoh jika anda mengambil B Complex Shaklee dengan Ponstant  memang sangat berbeza. Satu suplemen dan satu lagi pain killer. Pain killer sangat tidak digalakkan kerana ia akan memberi kesan negatif pada masa akan datang.


Tapi, sedarkah anda, bahawa tabiat anda semasa pengambilan vitamin ini boleh mempengaruhi ketidakberkesanan Vitamin yang anda ambil?
  • Sepanjang makan vitamin tu berapa liter air kita minum dalam sehari?
  • Adakah kita konsisten makan suplemen tu setiap hari?
  • Cara pengambilan kita macam mana? Selepas sarapan? Tengahari? Sebelum tidur? Lepas makan?Berapa biji?
  • Apa yang kita makan dan minum sepanjang pengambilan supplemen tu? Makanan ringan? Kafein?
  • Adakah kita campur suplemen dengan ubatan lain dalam masa yang sama?
  
Sebenarnya perkara paling penting bila makan suplemen ni ialah disiplin diri dan kesabaran. Sebab benda ni bukan ubat. Ia berfungsi mengikut sistem tubuh badan kita. Jadi yang penting ambil dengan istiqamah. 
Kesan suplemen amat berbeza pada setiap individu. Ada yang baru makan 3 hari dah nampak kesan dia. Ada yang memakan masa berminggu dan tak hairan ada yang sampai berbulan-bulan. Lagi banyak toksin yang berkeladak dalam badan kita, makin lama la tempoh untuk pulih. Makin banyak alami Healing Crisis. Kebanyakan daripada kita mudah putus asa, terus berhenti dan timbul lah pembaziran.

Semua ni bergantung kepada beberapa faktor yang amat penting yang mungkin sebelum ni kita kurang tahu atau tak tahu langsung tentangnya. Oleh itu, mari kita ambil tahu bermula hari ini! 

Ada 5 sebab  kenapa vitamin Shaklee tidak berkesan dengan anda. Jom kita tengok!


1. Kurang minum air putih atau air kosong




Air putih/Air kosong yang sihat amat penting untuk badan kita. Minum air putih dengan banyak akan membantu tubuh kita menyingkirkan toksin daripada badan dengan lebih cepat. Tubuh memerlukan air yang mencukupi untuk membolehkan proses penyerapan suplemen secara berkesan. Rugi la kalau beli suplemen mahal-mahal tapi liat minum air putih. Air manis jugak yang dicari. Air manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan. Cuba buat perbandingan seminggu tak minum air manis, dan seminggu minum air manis. Anda akan rasa perbezaannya. Cubalah!




Kita perlu mengamalkan minum air putih sebanyak 3 Liter sehari. Formula nya setiap 25 kg berat badan memerlukan 1 Liter air. Kalau berat badan kita 50kg, sekurang-kurangnya 2 liter air diperlukan oleh tubuh badan. Ada pulak yang cakap, "Ala, minum air banyak-banyak tak larat nak ke tandas la. Asyik nak kencing jer. Nak buat kerja pun tak senang.."

Sebenarnya, makin kerap anda buang air kecil, makin banyaklah toksin dalam badan anda disingkirkan. Insya Allah kita akan makin sihat dan cantik. Jom kita minum air putih 3 liter sehari!

  
2. Tidak konsisten




Ramai yang nak dapatkan kesan yang cepat setelah mengambil suplemen. Nak kesan terbaik tapi sekejap makan, sekejap tidak. Hari pertama semangat makan. Hari ke-3 ke-4 mula lah ada yang tertinggal. Tak sempat nak makan la. Macam-macam alasan kan? 

Tips saya sangat mudah, saya letakkan vitamin yang nak diambil setiap hari di dalam pillbox, bawak je ke mana anda pergi. Kalau masih lupa, buat reminder kat gadget masing-masing. Asal bnyi alarm je, terus makan. Bunyi macam kelakar kan. Tapi itu lah cara senang nak ingat. Belajar disiplinkan diri. Suplemen bukan untuk anda kelihatan cantik semata-mata, tapi penting untuk kesihatan tubuh anda. Jadi, bersabar lah, kesannya tidak sama untuk setiap individu. 


3. Tidak mengikut dos yang disyorkan




Makan vitamin memang bagus, tapi jangan teruja sangat nak makan sekaligus vitamin-vitamin tu. Sebaik-baiknya rancanglah pemakanan vitamin tu dengan betul supaya badan dapat menyerap satu-persatu vitamin yang kita makan tu. Ikut jadual yang disyorkan oleh pengedar anda. Ni jadual pengambilan vitamin yang disyorkan oleh saya. Jadual Pengambilan Vitamin.

Ok, lepas ni, tak payah la teruja sangat nak makan vitamin tu sekaligus. Cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu-satu masa. Tau tak, pembahagian masa makan vitamin ni juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu-satu masa tertentu sahaja. Sekiranya anda memerlukan ubat daripada hospital dan masih dalam pemantauan doktor, jarakkan 1-2 jam untuk setiap jenis vitamin yang diambil. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu, jangan mandai2 ye. 


4. Pengambilan kafein atau minuman berkarbonat




Pengambilan minuman berkafein boleh mengganggu penyerapan nutrisi vitamin yang anda ambil. Bila anda mengambilnya dengan kuantiti yang tinggi secara berterusan, ia boleh menyebabkan berlakunya pembaziran pada khasiat vitamin yang di ambil. Malahan, kesan yang anda impikan, tidak akan dapat diperolehi, di sebabkan minuman berkafein ini. Malahan, pengambilan vitamin dengan minuman berkafein dan bukannya air putih, boleh menyebabkan kerosakan vitamin yang anda ambil
Jadi, cuba-cubalah kurangkan pengambilan minuman berkafein atau berkarbonat. Kalau tinggal terus lagi bagus! Ada yang cepat nampak kesan, ada yang lambat. Bagilah masa untuk badan anda menunjukkan hasilnya. Tak semua orang dapat kesan yang terbaik dalam masa yang singkat. 



 5. Pengambilan vitamin tanpa ilmu yang betul



Pengambilan vitamin adalah penting untuk tubuh kita. Ada beberapa pantang larang semasa mengambil vitamin.
  • Vita-Lea tidak boleh diambil serentak dengan air susu. Ini boleh menyebabkan gangguan penyerapan zat besi yang terkandung di dalam Vita-Lea.
  • Vitamin E tidak boleh diambil serentak dengan Alfalfa Complex, kerana alfalfa boleh menyebabkan gangguan penyerapan vitamin E.
  • Alfalfa dan Vitamin E tidak disarankan untuk ibu mengandung, kerana ia boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.
  • Vitamin E dan GLA Complex tidak boleh diambil serentak kerana ia boleh mengganggu penyerapan nutrisi antara kedua-duanya.
Adalah penting semasa anda membuat keputusan untuk membeli vitamin dan memastikan beberapa perkara berikut diambil kira,
  • Vitamin HALAL
  • Vitamin SEMULAJADI
  • Vitamin mempunyai Sijil KKM yang sah atau logo hologram dari KKM pada botol yang anda beli
  • Vitamin SELAMAT
Pilih lah Perunding Kesihatan atau SID yang mempunyai ilmu yang tinggi !
  • Seorang Perunding SAH yang telah dilantik oleh SHAKLEE
  • Seorang Perunding yang boleh MEMBIMBING anda untuk memilih Vitamin yang sesuai untuk anda
  • Seorang Perunding yang akan memberi TIPS & JADUAL PENGAMBILAN  VITAMIN yang betul


Dapatkan konsultasi percuma mengenai produk Shaklee


PM/SMS/WhatsApp/Line/Telegram : 019-6273949
Emel : suriati_husniza@yahoo.com


Nota: Senarai diatas hanya cadangan-cadangan vitamin atau suplemen yang boleh diambil untuk meningkatkan kualiti nutrisi harian. Produk-produk yang disebut dalam web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.




Wednesday 17 September 2014

GET CLEAN WATER PITCHER

Get Clean® Water Pitcher

Memperkenalkan Air Get Clean®


Get Clean® Water mengaplikasikan sistem penapisan air baharu berbilang paten bagi menghasilkan air yang lebih bersih dan sihat. Berbanding jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar berbahaya - termasuk sehingga 99% plumbum!
Get Clean® Water merupakan jag air pertama yang menggunakan sistem penapis blok karbon yang boleh diisi semula. Langkah ini membantu mengurangkan timbunan botol plastik bagi pemuliharaan alam sekitar. Ia juga berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air bagi setiap blok penapis.
Air dan bumi yang lebih bersih dan lebih sihat.
Marilah kita meraikannya!
Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
  • Disahkan berkesan mengurangkan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain di samping mengekalkan kandungan mineral air yang bermanfaat!
  • Disahkan berkesan mengurangkan klorin, oleh yang demikian ia dapat membantu mengurangkan ancaman kesihatan akibat bahan sampingan klorin!
  • Disahkan berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air - dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkemuka.
  • Jag air pertama yang dilengkapi sistem penapisan blok karbon isian semula
Pilihan Bijak!
  • Kos hanya beberapa sen bagi satu liter air
  • Air yang lebih sihat dengan rasa yang lebih sedap
  • Jag air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah ditapis (tidak memerlukan kuasa elektrik)
  • Ringan dan mudah dibawa
  • Menjimatkan kos
Keunikan Shaklee
Selamat
  • Menyingkirkan plumbum dan pelbagai benda asing dalam air
  • Get Clean® Water mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf berkesan dalam mengurangkan plumbum dan benda asing lain oleh Persatuan Kualiti Air (WQA).
Pintar
  • Hanya beberapa sen bagi satu liter air
  • Warga Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya beberapa sen seliter, Get Clean® Water mampu memberikan air yang bersih dengan rasa yang lebih sedap. Ia juga dilengkapi meter pintar yang menunjukkan bilakah masanya anda patut menukar penapis. Tiada lagi ketidakpastian.
Berkuasa Tinggi
  • Lebih banyak air bersih pada setiap masa
  • Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) air daripada setiap blok penapis - dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkenal. Malah, jag ini berupaya mengurangkan bahan cemar dalam air yang boleh memudaratkan kesihatan anda.
Mesra Alam
  • Memelihara kesejahteraan alam sekitar
  • Get Clean® Water menggunakan jag air dengan sistem penapis blok karbon isian semula yang pertama di dunia. Langkah ini dapat membantu mengurangkan timbunan sampah. Malah, setiap penapis diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan mesra alam sekitar.
Get Clean Water Pitcher


Dapatkan konsultasi percuma mengenai produk Shaklee


PM/SMS/WhatsApp/Line/Telegram : 019-6273949
Emel : suriati_husniza@yahoo.com

BUKU SKRAP BUAH-BUAHAN TEMPATAN

ALHAMDULILLAH..

Berkat pertolongan mama, Izz dapat menyiapkan Projek Cuti Sekolah-Buku Skrap Buah-buahan Tempatan untuk mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Yang diajar oleh Cikgu Hamidah dengan jayanya. Walaupun hasilnya tidak seberapa, tapi cukup memuaskan hati mama. Izz dapat membuat Buku Skrap ni dari A-Z dengan bimbingan Mama SUEperb. hihi..

Buku Skrap yang dihasilkan secara tidak langsung membuat Izz mengenali buah-buahan yang terdapat di negara Malaysia. Bila dah buat Buku Skrap ni, baru ku tahu putera sulungku masih tidak mengenali beberapa buah contohnya belimbing dan nangka. Ada beberapa lagi buah yang tertinggal seperti buah salak, jambu air, mata kucing, duku, rambai dan pelbagai lagi.

InsyaAllah, di lain masa, kita buat lagi baik ye Izz.
















SOFT FABRIC CONCENTRATE

Soft Fabric Concentrate(946ml)

Melembutkan Pakaian


Pekatan pelembut fabrik yang berbau harum ini berkesan mengelakkan pakaian daripada berkedut dan melekat pada badan akibat kesan statik, berbanding produk lain yang anda sedang gunakan. Malah, rumusan berkepekatan tinggi ini amat menjimatkan dan membolehkan anda merasai perbezaannya dengan sekali sentuhan.
  • Berkepekatan tinggi: 32 auns mampu melembutkan 64 cucian
  • Melembutkan, mengurangkan kedut dan mengawal kesan statik secara semula jadi
  • Botol kecil mudah dibawa, dituang dan disimpan
Keunikan Shaklee
Selamat
  • Tidak toksik
  • Tiada gas beracun
  • Tiada bahan kimia berbahaya
  • Tanpa pewangi
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Amat berkesan menanggalkan minyak. Ultra-pekat: 16 oz. Boleh dicairkan menjadi 48 gelen
  • Dua kali lebih pekat berbanding rumusan asal
  • Basic H (hanya gunakan separuhsahaja)
Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan
Petua Berguna
  • Gunakan cecair Soft Fabric untuk cucian dengan mesin basuh. Ia membantu mengelakkan pakaian daripada berkedut dan melekat pada badan akibat kesan statik, malah pakaian keluarga anda terasa lebih lembutberbanding sebelumnya.
  • Perbandingan prestasi ini dijalankan pada 20 Jun 2006, dan keputusannya sah hanya untuk produk tertentu yang dipasarkan ketika itu. Semua tanda dagangan adalah hak proprietari pemilik masing-masing.

Dapatkan konsultasi percuma mengenai produk Shaklee


PM/SMS/WhatsApp/Line/Telegram : 019-6273949
Emel : suriati_husniza@yahoo.com

FRESH LAUNDRY CONCENTRATE POWDER

Fresh Laundry Concentrate(2.49kg)

Formula Semula Jadi untuk Pakaian yang Lebih Bersih


Anda dapat bayangkan keseronokan apabila hasil cucian bersih dan berbau harum? Rasai kepuasan yang lebih mendalam dengan pencuci fabrik Fresh Laundry. Rumusan enzim semula jadi ini bukan sahaja membersihkan pakaian dengan lebih baik, malah ia juga sama sekali tidak memudaratkan bumi. Ini bermakna, anda boleh menghidu keharuman pakaian yang dicuci sambil terus menghirup udara yang segar dan nyaman.
Tahukah Anda?
Kebanyakan serbuk pencuci pakaian mengandungi bahan perengsa yang boleh disedut atau diserap melalui kulit - punca lazim berlakunya tindak balas alahan. Triethanolaminedodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu bahan perengsa tersebut, dan ia disenaraikan sebagai bahan berbahaya oleh EPA dan DOT.
Sentuhan dengan bahan ini boleh merengsakan dan membakar kulit dan mata. Jika terhidu, ia akan merengsakan hidung, tekak dan paru-paru hingga menyebabkan batuk, asma dan/atau sesak nafas. Kulit yang kerap bersentuhan dengannya akan menjadi kering dan gatal serta mengalami masalah alergi kronik dan ruam.
Fresh Laundry Concentrate Tidak Mengandungi Bahan-Bahan Ini Mahupun Bahan Berbahaya Yang Lain.
Keunikan Shaklee
Selamat
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Selamat untuk digunakan pada semua fabrik yang boleh dibasuh
  • Tiada bahan kimia berbahaya
Berkesan
  • Berkepekatan tinggi
  • Hanya1 auns (11.375 liter) sudah mencukupi untuk cucian muatan sederhana
  • Sesuai untuk semua suhu, termasuk air sejuk
  • Mengekalkan warna pakaian yang putih dan menjadikan pakaian berwarna lebih berseri
Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan
  • Surfaktan mudah biorosot
  • Tanpa fosfat, borat, bahan perengsa
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan

BASIC H2 ORGANIC SUPER CLEANING CONCENTRATE

Basic H2™ Organic Super Cleaning Concentrate(473ml)

Kaedah Mencuci Secara Semula Jadi Tanpa Racun


Kaedah Mencuci Secara Semula Jadi Tanpa Racun
Setiap botol Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate dengan kepekatan berganda ini sungguh selamat digunakan dan dilengkapi kuasa pembersihan yang tinggi untuk menanggalkan kotoran dan minyak dalam sekelip mata. Basic H² berkesan untuk membersihkan tumpahan susu, mengelap tingkap, menyental kotoran pada gril, dan1001 kegunaan lagi. Cubalah sendiri dan lihat betapa kagumnya anda!
Hanya Satu Pencuci Untuk Ribuan Kerja Rumah
  • Ultra-pekat: 16 auns boleh dicairkan menjadi 48 gelen pencuci berkuasa tinggi.
  • Pencuci serba guna: menanggalkan kotoran, gris dan minyak daripada sebarang permukaan yang boleh dicuci, di dalam dan di luar rumah.
  • Mencuci kotoran berminyak dan gris yang paling degil, tanpa meninggalkan kesan comot.
  • Dua kali lebih pekat berbanding rumusan Basic H² asal – hanya gunakan separuh sahaja.
  • Tidak perlu dibilas, tidak meninggalkan sebarang sisa sabun atau kesan palitan.
Gunakan Pada Sebarang Permukaan Yang Boleh Dicuci – Di Dalam atau Di Luar Rumah
  • Dinding, tingkap dan cermin
  • Kaunter dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Dapur
  • Hiasan kayu
  • Periuk belanga
  • Perabot (Jangan gunakan dalam akuarium atau tangki air pengelap cermin kereta)
Cara Penggunaan Untuk Hasil Terbaik
Dapur, peralatan, perabot, hiasan kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
  • 1⁄4 sudu teh + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean
Periuk belanga
  • 1⁄2 sudu teh + 1 gelen air suam
Tingkap dan cermin
  • 1-2 titis + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean
Lantai
  • 1 sudu besar + 1 gelen air
Kain benang biri-biri, nilon, fabrik berkualiti tinggi
  • 1⁄2 sudu teh dalam satu besen air suam
Tahukah Anda?
  • Kebanyakan pencuci serba guna mengandungi toksin yang boleh disedut atau diserap melalui kulit.
  • Pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.
  • Pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan toksin saraf dan boleh merengsakan hidung.
  • Morpholine, sejenis toksin berbahaya, boleh mengakibatkan kerosakan hati atau buah pinggang.
  • Pencuci kaca mengandungi ammonia, sejenis racun yang boleh merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.
Basic H2 Tidak Mengandungi Bahan-Bahan Ini Mahupun Bahan Berbahaya Yang Lain Keunikan Shaklee
Selamat
  • Tidak toksik
  • Tiada gas beracun
  • Tiada bahan kimia berbahaya
  • Tanpa pewangi
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Amat berkesan menanggalkan minyak. Ultra-pekat: 16 oz. Boleh dicairkan menjadi 48 gelen.
Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan

DISH WASH CONCENTRATE

Dish Wash Concentrate(473ml)

Tangkas Mencuci Minyak, Lembut Pada Tangan


Jika kami menyatakan bahawa Pencuci Pinggan kami yang berbau harum ini tidak merengsakan tangan dan mesra alam sekitar, mungkin anda beranggapan bahawa ia tidak dapat menanggalkan kotoran dan minyak dengan berkesan. Hakikatnya, anda memerlukan beberapa titisan kecil sahaja untuk menanggalkan timbunan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk anda. Benar, beberapa titis sahaja. Masih tidak percaya?
  • Lembut pada tangan
  • Rumusan berasaskan tumbuh-tumbuhan daripada sumber semula jadi yang mapan
  • Buih sabun yang tahan lebih lama
  • Menjadikan pinggan bersih berkilau
  • Hanya beberapa titisan untuk mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki
Tahukah Anda?
  • Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti diethanolamine (DEA) dan sodium dodecylbenzensulfonate.
  • Kedua-dua bahan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.
Get Clean Dish Wash Concentrate tidak mengandungi bahan-bahan ini mahupun bahan berbahaya yang lain
Keunikan Shaklee
Selamat
  • Tidak toksik
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tiada bahan kimia berbahaya
Berkesan
  • Amat berkesan menanggalkan minyak
  • Rumusan pekat: hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
  • Buih sabun yang tahan lebih lama
Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Tanpa bahan pewarna
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan


COKLAT RYVERRA

Assalamualaikum dan selamat malam..

Terasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman pertama kali merasa Coklat Ryverra produk Muslim pemberian rakan lama suami. Coklat nya memang sedap setanding dengan coklat-coklat yang telah gah di pasaran Malaysia mahupun dunia.

Sempat merasa sendiri Ryverra Chocolate - fruits fiesta-milk chocolate with apple filling, memang sangat sedap. Kata suami, ada beberapa perisa lagi. Sokong lah coklat buatan rakan lama suami saya ni. Kata suami, coklat ni boleh didapati di MyDin dan AEON.


Boleh hubungi :

EN SHAHRIL BIN OMAR

03-42950885/019-2831282

TABUNG MEAL SHAKES

Alhamdulillah..

Terhasil jugak Tabung Duit Meal Shakes. Hasil idea daripada seorang sahabat. Sangat sesuai ketika diperlukan. Secara tak lansung dapat jimat duit daripada membeli tabung-tabung di kedai.

Teruja betul melihat hero4 kesayangan mengutip dan mengumpul duit syiling yang sentiasa berterabur dalam rumah. Semoga anak-anak mama tidak membazir dan pandai menguruskan wang apabila besar nanti.InsyaAllah..

Adeq Rafiq beriya masukkan syiling 10sen, bukan main seronok dia..

Tu dia, ada tukang bagi duit, siap cakap, yang ni masuk sini, yang ni masuk sana..Tekun adeq dengar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...