ESP - Soy Protein Isolate Powder
Membekalkan tenaga berpanjangan dengan kebaikan protein berkualiti tinggi daripada tumbuhan
Assalamualaikum dan selamat malam..
Alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran kepada Mu Ya Allah kerana masih diberi peluang untuk berkongsi ilmu dan idea yang dipinjamkan ini. Gembira tidak terkata apabila Promosi bulan Oktober adalah ESP(Beli 6 Percuma 1) dan Meal Shakes(Beli 3 Percuma 1). Sangat WOW dan mengujakan saya! Kalau nak tau, ESP merupakan produk Shaklee yang terlaris di pasaran Malaysia. Begitu banyak info mengenai ESP yang ingin dikongsi bersama sahabat-sahabat saya. InsyaAllah..
CARA PENGAMBILAN
APA ITU ESP?
Energizing Soy Protein diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi. Ia mengandungi hanya kacang soya "non-GM-non Genetically Modified Organism" iaitu tidak diubah suai secara genetik serta diproses pada suhu yang rendah. Shaklee menggunakan proses persijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program(IPP) untuk memastikan kacang soya yang digunakan adalah bebas daripada perubahan genetik. Setiap 1 tong ESP (850g) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh tahan lama. Sebab itulah apabila kita mengambil ESP sebagai sarapan, perut akan terasa kenyang. Berita baik untuk yang sedang berdiet. Jom kita diet berjemaah.Hihi..
ESP juga satu-satunya produk di pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia juga mengandungi 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. ESP sesuai untuk semua peringkat umur. Manakala, kandungan Indeks Glisemik(G.I) yang rendah iaitu 39 yang menjadikan sangat sesuai kepada pengidap kencing manis. Maksudnya lagi tinggi G.I sesuatu makanan, lagi tidak bermanfaat la makanan tersebut.
Tahukah Anda? Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik yang tertinggi manakala indeks glisemik yang rendah memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebvaskan glukos ke dalam sistem badan. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan. Mama SueHuz teruja bila sebut pasal berat badan ni, melompat terkinja-kinja la nak minum ESP nih. Sabar..sabar..belum habis lagi cerita pasal ESP. Jom kita baca mengenai kepentingan protein pula.
KEPENTINGAN PROTEIN
Satu hidangan Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, 6 kali ganda roti, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh badan manusia.Wow! Memang terbaik lah ESP nih. Produk Soya Non-GMO terhebat di pasaran sekarang!
Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga meransang fungsi psikologi manusia. Setiap organ kita memerlukan protein. Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun badan untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa maut. Dahsyat jugak kalau tak cukup protein. Sebagai pencegahan, eloklah ambil ESP untuk mengelakkan kejadian kekurangan protein.
APA ITU ASID AMINO?
Protein terdiri daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya menghasilkan protein yang berbeza mengikut keperluan protein dan enzim yang diperlukan oleh tubuh. Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh. Ia dikenali sebagai asid amino tak perlu.. Manakal asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia harus diperolehi daripada sumber makanan yang dikenali sebagai asid amino perlu. Shaklee menyediakan kesemua asid amino yang diperlukan. Ermmm...hebat kan? Cukup lengkap.
MANFAAT ESP
Sudah tentu ramai yang ingin tahu apa kelebihan ESP. Jom kita baca sama-sama.
AWET MUDA - Asid Amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet mudah.
BAIK UNTUK HORMON - Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavanes, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
BAIK UNTUK PROSTAT - Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan ovari, menopous dan pembesaran prostat.
KULIT REMAJA - Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan lukadan mengurangkan kesan parut.
PEMBEKAL TENAGA - Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.
MEMBAIKI PIGMENTASI - membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
MEMBAIKI MEMORI - Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan ransangan.
CARA PENGAMBILAN
Sebenarnya, kita perlu mengambil 3 sudu ESP setiap hari. ESP boleh dibancuh dengan air sejuk, air yang bersuhu bilik, air suam juga boleh. AIR PANAS diharamkan sama sekali serta tidak boleh diambil bersama minuman berkafein seperti kopi, nescafe atau teh. Ia juga tidak sesuai diambil bersama minuman bergas. Saya lebih suka camnpurkan 2 sudu ESP bersama 1 sudu meal shakes , 1 susu tamar cocoa dan juga susu segar. Itu gaya bancuhan ESP Mama SueHuz. Sebenarnya banyak lagi resipi ESP yang nak dikongsi. Jangan risau, nanti saya akan post pada entry yang lain. Mata dah ting tong ni. Hihi
Jadi?Ada rasa nak cuba ESP? Jom..kita geng minum ESP, boleh diet berjemaah. InsyaAllah, hasilnya terbaik dengan izin-Nya.Amin.
Dapatkan konsultasi percuma mengenai produk Shaklee daripada
PM/SMS/WhatsApp/Line/Telegram : 019-6273949
Emel : suriati_husniza@yahoo.com
No comments:
Post a Comment