Sunday, 7 September 2014

HEALING CRISIS

Assalamualaikum dan selamat malam..

Alhamdulillah, syukur dengan nikmat yang diberi oleh Nya. Sejak saya aktif berbisnes dengan SHAKLEE, alhamdulillah kebanyakan pelanggan saya memberi maklum balas yang SANGAT POSITIF & MENGGALAKKAN.Syukur Alhamdulillah..ramai yang dapat saya bantu untuk menambah nilai dalam kehidupan mereka khususnya dari segi kesihatan.


Tapi tak kurang juga sebenarnya yang menghubungi saya dalam masa seminggu dua selepas mula mengambil pelbagai supplemen SHAKLEE. Ini antara persoalan yang ditanya ;-


"Kenapa keluar bintik2 dan ruam seluruh badan selepas saya ambil ostematrix?"
"Kenapa badan saya makin lenguh selepas 3 hari ambil ostematrix?"
"Kenapa sejak ambil Vitamin E ni jerawat saya makin naik?"
"Kenapa saya kerap buang air besar sejak makan Alfalfa ni?"
"Kenapa saya asyik bersin selepas seminggu saya ambil Vitamin C?"
"Kenapa kepala saya pening / sakit pastu macam loya2 lepas makan vitamin?"
"Kenapa saya asyik lapar selepas ambil set slimming SHAKLEE ni?"


dan macam2 lagi persoalan yang diajukan kepada saya.


Harap bertenang... Sabar... Jangan gelabah... Jangan marah-marah.

Anda boleh baca dan paham penjelasan saya di bawah.

Anda sebenarnya sedang mengalami apa yang dinamakan HEALING CRISIS ataupun KRISIS PENYEMBUHAN.. 

APA ITU HEALING CRISIS ??

Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau simptom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

Kenapa HEALING CRISIS berlaku apabila kita mengambil suplemen??

Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

HEALING CRISIS sebenarnya adalah satu petanda yang baik. Ia menunjukkan rawatan ataupun makanan tambahan yang diambil benar-benar berkesan.Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Ada sesetengah kita yang akan mengalami simptom-simptom ini seawal sehari dua selepas memulakan pemakanan supplemen.. Ada juga yang mengalaminya selepas 2-3 bulan pengambilan supplemen, bergantung kepada individu


BAGAIMANA NAK KURANG 'HEALING CRISIS' ?

Minum air suam/plain water dengan banyak dan kerap dapat membantu dalam mengatasi ‘healing crisis’. Badan kita memerlukan air yang banyak untuk menyahtoksik elemen-elemen tidak baik tadi keluar dari badan. Walaupun ada yang merungut kerana terpaksa pergi ke tandas dengan kerap. Tetapi, itulah yang terbaik. Jadi, jika anda mengalami ‘healing crisis’ selepas mengambil/makan vitamin Shaklee, amalkan minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari. InsyaAllah, kesan itu akan berkurang dengan izinNya. Sekali lagi saya ingatkan, ‘healing crisis’ bukan bererti vitamin tersebut tidak serasi dengan anda, tetapi ia menunjukkan petanda baik kerana badan kita bertindak balas dengan vitamin yang anda makan.

Selain daripada minum banyak air, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran juga dapat membantu. Ini kerana buah dan sayur mengandungi banyak serat yang boleh menjadi medium pembuangan toksin daripada najis.

Jom kita tengok apakah simptom-simptom healing crisis ataupun tanda krisis penyembuhan yang berlaku serta apakah penyebabnya :-




Jadi, anda tak perlu risau sebenarnya jika salah satu daripada simptom healing crisis seperti di atas berlaku kepada anda selepas mengambil apa-apa supplemen daripada SHAKLEE..kerana semua supplemen & vitamin SHAKLEE adalah berasaskan bahan semulajadi & TIDAK DICIPTAKAN UNTUK LEBIH MEMUDARATKAN ANDA


Dapatkan konsultasi percuma mengenai produk Shaklee


PM/SMS/WhatsApp/Line/Telegram : 019-6273949
Emel : suriati_husniza@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...