Friday 27 June 2014

ADVANCED JOINT HEALTH TABLET (AJHT) - Untuk keselesaan sendi

APA DIA JOINT/SENDI? 

Sendi-sendi membentuk hubungan antara tulang temulang yang memberi sokongan dan membantu kita bergerak. Ia terdiri dari tulang rawan (yang lembut tu), ligamen, tendon, dan cecair sinovia (sebagai pelincir) yang beri keselesaan dan bantu menyerap hentakan dari impak fizikal.

Bila umur semakin meningkat, tulang rawan menyusut secara semulajadi. Tekanan fizikal yang berterusan boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskan pembebasan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ini yang sebabkan joint discomfort.

Bayangkan jika salah satu sendi gagal berfungsi, pastilah pergerakan jadi terbatas. Terutamanya kepada mereka yang aktif. Tak kiralah sama ada mereka yang aktif bersukan, kerja yang banyak pergerakan  atau yang suka pada aktiviti lasak dan ekstrem kesihatan sendi wajib diambil serius. 


Simptom-simptom sendi yang tidak sihat :
- Ketegangan
- Lenguh
- Berkeriut
- Sakit dan bengkak pada sendi

Kenapa ianya terjadi ?

- Kesan stress berterusan
- Kerja terlalu kuat
- Sendi menjadi haus dan lusuh kerana kurang bendalir untuk pergerakan yang lasak
- Tulang-tulang hilang kalsium dan daya penyerapan menjadi lemah akibatnya kepadatan    tulang menurun
- Geseran berlaku diantara tulang-tulang yang mengeluarkan kimia menyerang rawan, menyebabkan ketidakselesaan dan mobility yang terhad.


INFO MENGENAI ADVANCED JOINT HEALTH TABLET (AJHT)


Ciri-ciri Advance Joint Health Tablet :
  • 100% bebas kekerang
  • 100% vegetarian
  • 100% bebas Kondroitin yang mengganggu penyerapan glukosamina yang baik
  • Hanya 2 tablets sehari
  • Tablets yang mudah ditelan
  • Tiada perasa tiruan, pemanis atau pengawet
  • Bebas gluten

Advanced Joint Health Tablet ini memberi manfaat kepada sendi melalui 3 cara:-
  • Menyokong keselesaan sendi (Ekstrak Boswellia) dengan menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayuveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya,. bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.
  • Bertindak sebagai kusyen (Ekstrak jagung) membantu mengekalkan tulang rawan. Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina ialah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia juga ditemui dalam tendon dan ligamen.
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat (zink, tembaga, mangan dan vitamin C). Sebagai nutrien pentinng dalam kesihatan sendi, zink, tembaga, mangan  dan vitamin C membekal sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.

Apakah kebaikan AJHT ini secara ringkasnya:-
  1. Menyokong keselesaan sendi
  2. Membantu kekalkan tulang rawan
  3. Memelihara tisu penyambung yang sihat
  4. Melancarkan pergerakan harian
  5. Sangat berkesan, kesan positif selepas 5 hari pengambilan (ada ujian klinikal tau)
  6. Menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan
  7. Anti radang semulajadi
  8. Dibuat dari sumber tumbuh-tumbuhan semata-mata, asli dan semulajadi
  9. Memberi kekuatan kepada struktur sendi
  10. Bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan, juga membekalkan glukosamina (penting untuk binaan tulang rawan dan lendir untuk licinkan sendi dalam tendon dan ligamen.

Kenapa perlu pilih AJHT?

SIAPA YANG MEMERLUKAN AJHT?

Sesiapa sahaja tidak kira lelaki atau perempuan dewasa yang ingin mengekalkan kesihatan sendi, yang aktif dan lasak. Lazimnya ibu bapa kita yang dah mengalami penyusutan tulang rawan, orang2 muda yang lasak, atau ibu2 yang Supermom. Kalau perasan, ibu2 yang dah ada anak ni, memang sakit sendi lah tulang lah..maklum le semua dh longgar..dengan nak mengejar anak2 lagi, buat kerja rumah lagi, kerja opis lagi huhu memang lah sakit, lenguh..

Badan kita kan umpama enjin. Jika tak diletak minyak pelincir, akan sangkut tak boleh jadi. Dah jadi satu kewajiban untuk kita jaga badan yang Allah bagi pinjam nie. Ada cara bagi mengelak sakit sendi nie, tapi pencegahan mesti buat dari awal. Kalau dah sakit, makan AJHT nie...lepas tu kita cuba cegah dari sakit kembali. 

Sebagai contoh yang sakit sendi sebab berat badan berlebihan ni. Cara nak cegah, kurangkan pengambilan makanan. Makan yang cukup-cukup je. Jangan ikutkan nafsu. Pilih makanan yang sihat. Dan juga ada masa, buatlah senaman sikit-sikit. 

Yang sudah 'senior' atau berumur, makanlah makanan yang membantu penghasilan lendir di sendi-sendi. Jika susah nak dapatkan, amalkan je AJHT nie. Jangan risau, tiada kandungan dadah. Jadi boleh dimakan non-stop. 




Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:


                              Laman blog : http://mamasuehuz.blogspot.com



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...