Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Nampak tak soalan yang saya BOLD kan kat atas tu? Saya highlight kan lagi beberapa soalan yang sering diajukan.
- “Aku dulu makan macam-macam jenis vitamin, macam tu jugak.. Tak delah berkesan pun. ”
- “Aku ambil Set Kurus, orang lain turun la jugak beratnya, aku? Bertambah-tambah tembam, apa kes?
- "Dah sebulan saya ambil Set Kecantikan Kulit, tak de perubahan pun, jerawat makin naik adalah..."
- "Ada ambil Set Kanak-kanak untuk tambah selera makan, tapi tetap sama, anak tetap taknak makan nasi, macam mana?"
Tahukah anda?
SUPLEMEN BUKAN UBAT ye, lagi la sangat jauh berbeza dari ubatan yang menghilangkan rasa sakit dalam masa yang singkat. Contoh jika anda mengambil B Complex Shaklee dengan Ponstant memang sangat berbeza. Satu suplemen dan satu lagi pain killer. Pain killer sangat tidak digalakkan kerana ia akan memberi kesan negatif pada masa akan datang.
Tapi, sedarkah anda, bahawa tabiat anda semasa pengambilan vitamin ini boleh mempengaruhi ketidakberkesanan Vitamin yang anda ambil?
- Sepanjang makan vitamin tu berapa liter air kita minum dalam sehari?
- Adakah kita konsisten makan suplemen tu setiap hari?
- Cara pengambilan kita macam mana? Selepas sarapan? Tengahari? Sebelum tidur? Lepas makan?Berapa biji?
- Apa yang kita makan dan minum sepanjang pengambilan supplemen tu? Makanan ringan? Kafein?
- Adakah kita campur suplemen dengan ubatan lain dalam masa yang sama?
Sebenarnya perkara paling penting bila makan suplemen ni ialah disiplin diri dan kesabaran. Sebab benda ni bukan ubat. Ia berfungsi mengikut sistem tubuh badan kita. Jadi yang penting ambil dengan istiqamah.
Kesan suplemen amat berbeza pada setiap individu. Ada yang baru makan 3 hari dah nampak kesan dia. Ada yang memakan masa berminggu dan tak hairan ada yang sampai berbulan-bulan. Lagi banyak toksin yang berkeladak dalam badan kita, makin lama la tempoh untuk pulih. Makin banyak alami Healing Crisis. Kebanyakan daripada kita mudah putus asa, terus berhenti dan timbul lah pembaziran.
Semua ni bergantung kepada beberapa faktor yang amat penting yang mungkin sebelum ni kita kurang tahu atau tak tahu langsung tentangnya. Oleh itu, mari kita ambil tahu bermula hari ini!
Ada 5 sebab kenapa vitamin Shaklee tidak berkesan dengan anda. Jom kita tengok!
1. Kurang minum air putih atau air kosong
Air putih/Air kosong yang sihat amat penting untuk badan kita. Minum air putih dengan banyak akan membantu tubuh kita menyingkirkan toksin daripada badan dengan lebih cepat. Tubuh memerlukan air yang mencukupi untuk membolehkan proses penyerapan suplemen secara berkesan. Rugi la kalau beli suplemen mahal-mahal tapi liat minum air putih. Air manis jugak yang dicari. Air manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan. Cuba buat perbandingan seminggu tak minum air manis, dan seminggu minum air manis. Anda akan rasa perbezaannya. Cubalah!
Kita perlu mengamalkan minum air putih sebanyak 3 Liter sehari. Formula nya setiap 25 kg berat badan memerlukan 1 Liter air. Kalau berat badan kita 50kg, sekurang-kurangnya 2 liter air diperlukan oleh tubuh badan. Ada pulak yang cakap, "Ala, minum air banyak-banyak tak larat nak ke tandas la. Asyik nak kencing jer. Nak buat kerja pun tak senang.."
Sebenarnya, makin kerap anda buang air kecil, makin banyaklah toksin dalam badan anda disingkirkan. Insya Allah kita akan makin sihat dan cantik. Jom kita minum air putih 3 liter sehari!
Ramai yang nak dapatkan kesan yang cepat setelah mengambil suplemen. Nak kesan terbaik tapi sekejap makan, sekejap tidak. Hari pertama semangat makan. Hari ke-3 ke-4 mula lah ada yang tertinggal. Tak sempat nak makan la. Macam-macam alasan kan?
Tips saya sangat mudah, saya letakkan vitamin yang nak diambil setiap hari di dalam pillbox, bawak je ke mana anda pergi. Kalau masih lupa, buat reminder kat gadget masing-masing. Asal bnyi alarm je, terus makan. Bunyi macam kelakar kan. Tapi itu lah cara senang nak ingat. Belajar disiplinkan diri. Suplemen bukan untuk anda kelihatan cantik semata-mata, tapi penting untuk kesihatan tubuh anda. Jadi, bersabar lah, kesannya tidak sama untuk setiap individu.
3. Tidak mengikut dos yang disyorkan
Makan vitamin memang bagus, tapi jangan teruja sangat nak makan sekaligus vitamin-vitamin tu. Sebaik-baiknya rancanglah pemakanan vitamin tu dengan betul supaya badan dapat menyerap satu-persatu vitamin yang kita makan tu. Ikut jadual yang disyorkan oleh pengedar anda. Ni jadual pengambilan vitamin yang disyorkan oleh saya. Jadual Pengambilan Vitamin.
Ok, lepas ni, tak payah la teruja sangat nak makan vitamin tu sekaligus. Cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu-satu masa. Tau tak, pembahagian masa makan vitamin ni juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu-satu masa tertentu sahaja. Sekiranya anda memerlukan ubat daripada hospital dan masih dalam pemantauan doktor, jarakkan 1-2 jam untuk setiap jenis vitamin yang diambil. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu, jangan mandai2 ye.
4. Pengambilan kafein atau minuman berkarbonat
Pengambilan minuman berkafein boleh mengganggu penyerapan nutrisi vitamin yang anda ambil. Bila anda mengambilnya dengan kuantiti yang tinggi secara berterusan, ia boleh menyebabkan berlakunya pembaziran pada khasiat vitamin yang di ambil. Malahan, kesan yang anda impikan, tidak akan dapat diperolehi, di sebabkan minuman berkafein ini. Malahan, pengambilan vitamin dengan minuman berkafein dan bukannya air putih, boleh menyebabkan kerosakan vitamin yang anda ambil
Jadi, cuba-cubalah kurangkan pengambilan minuman berkafein atau berkarbonat. Kalau tinggal terus lagi bagus! Ada yang cepat nampak kesan, ada yang lambat. Bagilah masa untuk badan anda menunjukkan hasilnya. Tak semua orang dapat kesan yang terbaik dalam masa yang singkat.
5. Pengambilan vitamin tanpa ilmu yang betul
Pengambilan vitamin adalah penting untuk tubuh kita. Ada beberapa pantang larang semasa mengambil vitamin.
- Vita-Lea tidak boleh diambil serentak dengan air susu. Ini boleh menyebabkan gangguan penyerapan zat besi yang terkandung di dalam Vita-Lea.
- Vitamin E tidak boleh diambil serentak dengan Alfalfa Complex, kerana alfalfa boleh menyebabkan gangguan penyerapan vitamin E.
- Alfalfa dan Vitamin E tidak disarankan untuk ibu mengandung, kerana ia boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.
- Vitamin E dan GLA Complex tidak boleh diambil serentak kerana ia boleh mengganggu penyerapan nutrisi antara kedua-duanya.
Adalah penting semasa anda membuat keputusan untuk membeli vitamin dan memastikan beberapa perkara berikut diambil kira,
- Vitamin HALAL
- Vitamin SEMULAJADI
- Vitamin mempunyai Sijil KKM yang sah atau logo hologram dari KKM pada botol yang anda beli
- Vitamin SELAMAT
Pilih lah Perunding Kesihatan atau SID yang mempunyai ilmu yang tinggi !
- Seorang Perunding SAH yang telah dilantik oleh SHAKLEE
- Seorang Perunding yang boleh MEMBIMBING anda untuk memilih Vitamin yang sesuai untuk anda
- Seorang Perunding yang akan memberi TIPS & JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN yang betul
Dapatkan konsultasi percuma mengenai produk Shaklee
PM/SMS/WhatsApp/Line/Telegram : 019-6273949
Emel : suriati_husniza@yahoo.com
Nota: Senarai diatas hanya cadangan-cadangan vitamin atau suplemen yang boleh diambil untuk meningkatkan kualiti nutrisi harian. Produk-produk yang disebut dalam web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.